Sabtu, 19 Januari 2013

Menulis Imbuhan Bahasa Sanskrit

Assalamualaikum.

Bahasa Melayu tidak terlepas daripada menerima sebarang serapan dan pinjaman daripada bahasa-bahasa dunia. Dalam hal ini, pinjaman dan serapannya lebih nyata kepada bahasa Sanskrit, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Namun demikian, merujuk kepada beberapa kajian dan penelitian daripada para pengkaji serta pakar-pakar bahasa, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh daripada bahasa Sanskrit. Hujah tersebut disandarkan kepada bukti-bukti penemuan prasasti-prasasti di beberapa buah kawasan antaranya Talang Tuwo.

Untuk penulisan kali ini lebih menjurus kepada kaedah penulisan imbuhan bahasa Sanskrit yang saban hari menjadi kekeliruan dan akhirnya mengundang kesilapan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, imbuhan bahasa Sanskrit boleh dikatakan banyak digunakan untuk membentuk suatu istilah baharu. Imbuhan-imbuhan bahasa Sanskrit tersebut boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu imbuhan awalan dan akhiran. 

Imbuhan Awalan:
swa-
tuna-
adi-
panca-
maha-
tata-
pra-
eka-
dwi-
tri-
pasca-

Imbuhan Akhiran:
-wan
-man
-wati
-nita


Cara Penulisan Imbuhan Awalan Bahasa Sanskrit:

JENIS IMBUHAN
BUTIRAN
CONTOH
tata-
·         Untuk menerbitkan kata nama.
·         Menunjukkan suatu susunan atau peraturan.
tata + bahasa = tatabahasa

tata + cara = tatacara

swa-
·         Untuk menerbitkan kata nama.
·         Menunjukkan sendiri.
swa + daya = swadaya

swa + asta = swasta
maha-
·         Untuk menerbitkan kata nama dan kata adjektif.
·         Menunjukkan paling atau tahap terbesar atau tertinggi.

Cara mengeja:
·         Kata nama – dieja rapat.
·         Kata adjektif – dieja jarak.
Kata Nama:

maha + raja = maharaja

maha + karya = mahakarya

Kata Adjektif:

maha + besar = maha besar

maha + mulia = maha mulia
pra-
·         Awalan produktif.
·         Untuk menerbitkan kata nama.
·         Menunjukkan sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.
pra + kata = prakata

pra + syarat = prasyarat
tuna-
·         Kurang digunakan dalam bahasa Melayu.
·         Sering digunakan dalam bahasa Indonesi-Belanda.
·         Untuk menerbitkan kata nama.
·         Menunjukkan tiada atau tidak mempunyai.
tuna + karya = tunakarya (tiada kerja)

tuna + wisma = tunawisma (tiada rumah)
Pasca-
·         Untuk menerbitkan kata nama.
·         Menunjukkan sesudah atau selepas.
pasca + merdeka = pascamerdeka

pasca + kolonial = pascakolonial.
eka-
dwi-
tri-
panca-
·         Untuk menerbitkan kata nama.
·         Menunjukkan pengertian bilangan.

eka – satu
dwi – dua
tri – tiga
panca – lima
eka + matra = ekamatra
(satu dimensi)

dwi + tahunan = dwitahunan (dua tahun)

tri + bahasa = tribahasa
(tiga bahasa)

panca + indera = pancaindera (lima deria)

Cara Penulisan Imbuhan Akhiran Bahasa Sanskrit:

JENIS IMBUHAN
BUTIRAN
CONTOH
-man
-wan
-wati
-nita
·         Untuk menerbitkan kata nama.
·         Menunjukkan:
i.     Pelaku perbuatan
ii.   Pekerjaan atau tugas
iii. Pemilik sifat atau keupayaan.
·         Imbuhan –nita dan –wati untuk wanita.
·         Imbuhan –wan dan –man bersifat kelainan.
i.     –man untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i.
ii.   –wan untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf a.
-wati:

seni + wati = seniwati

-nita:

biduan + nita = biduanita

-man:

seni + man = seniman

-wan:

budaya + wan = budayawan

Rujukan:

Nik Safiah Karim et. al., (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan     Pustaka.

Tiada ulasan: