Assalamualaikum.
Di bawah ini, saya sertakan contoh-contoh binaan ayat mengikut pola atau jenis ayat. Ayat-ayat ini dibina dengan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
1. FN + FN
|
Kuala Kangsar bandar diraja Perak
|
2. FN + FK
|
Rumah itu terbakar petang tadi
|
3. FN +F Adj.
|
Amran sungguh pantas semasa berlari
|
4. FN + FS
|
Jurutera melukis pelan bangunan
|
5. Susunan Biasa
|
Sungai ini mengalir dengan deras
[Sungai ini sebagai subjek
(FN), mengalir dengan deras
predikat (FK)]
|
6. Susunan Songsang
|
Mengalir dengan deras sungai ini.
[FK dikedepankan menggantikan FN]
|
7. Ayat Aktif
|
Pakcik Ali menebas lalang di tepi jalan.
|
8. Ayat Aktif Tak Transitif
|
Imam besar itu berserban
[sepatutnya – Imam besar itu berserban
setiap hari. Sebab ayat ini tergolong dalam kelas ayat aktif tak transitif keterangan yang boleh digugurkan. Setiap
hari sebagai keterangan]
|
9. Ayat Aktif Transitif
|
Guru besar memanggil saya ke pejabat.
|
10. Ayat Pasif
|
Tembok batu itu dilanggar oleh teksi semalam.
[Pola ayatnya – Subjek + Kata
Kerja Pasif + Oleh + Kata Nama + Keterangan] [oleh – kata tugas pada
subkelas kata sendi nama]
|
11. ayat pasif dgn kata 'kena'
|
Dia kena buli dengan budak nakal itu.
[Subjek + Kata Bantu Pasif
Kena + Kata Kerja Dasar + Oleh + Frasa Nama]
|
12. Ayat Pasif Dgn Kata Kerja Pasif
|
Pertandingan itu sudah saya ketahui pemenangnya.
[Subjek + Frasa Kerja Pasif +
Kata Ganti Nama Pertama + Keterangan]
|
13. Ayat Pasif Dgn
Kata Ganti Nama
|
Kraftangan itu sudah beliau siapkan petang semalam.
[Subjek + Kata Ganti Nama
Ketiga + Kata Kerja Pasif + Keterangan]
|
14. Ayat Pasif
'ber', 'ter', 'an'
|
1. Adik bergaduh
dengan anak orang kaya itu.
2. Ayah terlanggar
seekor anak anjing semasa pulang dari kerja.
3. Rakyat Somalia kelaparan akibat krisis perang saudara.
[imbuhan ke-...-an]
|
15. Ayat Tunggal
|
Kereta itu bergerak dengan
pantasnya.
|
16. Ayat Majmuk Gabungan
|
Zubaidah pandai bermain bola jaring dan bola tampar.
[Zubaidah pandai bermain bola jaring]
[Zubaidah pandai bermain bola tampar]
Penggunaan kata hubung dan untuk menggabungkan kedua-dua ayat
tunggal ini.
|
17. Ayat Majmuk Campuran
|
Zabidi sedang membaca buku tetapi rakan sebiliknya yang kepenatan
sudah tidur sejak tadi lagi.
|
18. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
|
Kakak membeli seluar yang
berwarna hitam.
[Kakak membeli seluar]
[Seluar itu berwarna hitam]
Ayat majmuk pancangan realtif ini melibatkan satu kata sahaja, iaitu yang.
|
19. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
|
Dia mengetahui bahawa
Anzalna suka menipu
[Dia mengetahui]
[Anzalna suka menipu]
|
20. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
|
Murid itu lewat ke perhimpunan kerana tayar basikalnya pancit di
dalam perjalanan ke sekolah.
|
*Sebarang kerja menyalin atau mengambil hasil tulisan ini, perlulah melalui keizinan daripada penulis. Untuk berbuat demikian, sila tinggalkan jejak anda pada ruangan komen untuk pengesahan. Sertakan nama dan institusi.
Sekian, terima kasih.
9 ulasan:
MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH
MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH
MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH
MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH
Izinkan saya menggunakan ilmu yang dikongsikan di sini sebagai rujukan saya.
Terima kasih :)
Menganjurkan
MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH
MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH
MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH
Catat Ulasan