Rabu, 31 Oktober 2012

Contoh Binaan Ayat Gramatis


Assalamualaikum.

Di bawah ini, saya sertakan contoh-contoh binaan ayat mengikut pola atau jenis ayat. Ayat-ayat ini dibina dengan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


1. FN + FN

Kuala Kangsar bandar diraja Perak
2. FN + FK

Rumah itu terbakar petang tadi
3. FN +F Adj.

Amran sungguh pantas semasa berlari
4. FN + FS

Jurutera melukis pelan bangunan
5. Susunan Biasa

Sungai ini mengalir dengan deras
[Sungai ini sebagai subjek (FN), mengalir dengan deras predikat (FK)]
6. Susunan Songsang

Mengalir dengan deras sungai ini.
[FK dikedepankan menggantikan FN]
7. Ayat Aktif

Pakcik Ali menebas lalang di tepi jalan.
8. Ayat Aktif Tak Transitif

Imam besar itu berserban
[sepatutnya – Imam besar itu berserban setiap hari. Sebab ayat ini tergolong dalam kelas ayat aktif tak transitif keterangan yang boleh digugurkan. Setiap hari sebagai keterangan]
9. Ayat Aktif Transitif

Guru besar memanggil saya ke pejabat.
10. Ayat Pasif

Tembok batu itu dilanggar oleh teksi semalam.
[Pola ayatnya – Subjek + Kata Kerja Pasif + Oleh + Kata Nama + Keterangan] [oleh – kata tugas pada subkelas kata sendi nama]
11. ayat pasif dgn kata 'kena'

Dia kena buli dengan budak nakal itu.
[Subjek + Kata Bantu Pasif Kena + Kata Kerja Dasar + Oleh + Frasa Nama]
12. Ayat Pasif Dgn Kata Kerja Pasif

Pertandingan itu sudah saya ketahui pemenangnya.
[Subjek + Frasa Kerja Pasif + Kata Ganti Nama Pertama + Keterangan]
13. Ayat Pasif Dgn
Kata Ganti Nama

Kraftangan itu sudah beliau siapkan petang semalam.
[Subjek + Kata Ganti Nama Ketiga + Kata Kerja Pasif + Keterangan]
14. Ayat Pasif
'ber', 'ter', 'an'





1.       Adik bergaduh dengan anak orang kaya itu.
2.       Ayah terlanggar seekor anak anjing semasa pulang dari kerja.
3.       Rakyat Somalia kelaparan akibat krisis perang saudara. [imbuhan ke-...-an]
15. Ayat Tunggal

 Kereta itu bergerak dengan pantasnya.
16. Ayat Majmuk Gabungan

Zubaidah pandai bermain bola jaring dan bola tampar.
[Zubaidah pandai bermain bola jaring]
[Zubaidah pandai bermain bola tampar]
Penggunaan kata hubung dan untuk menggabungkan kedua-dua ayat tunggal ini.
17. Ayat Majmuk Campuran

Zabidi sedang membaca buku tetapi rakan sebiliknya yang kepenatan sudah tidur sejak tadi lagi.
18. Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Kakak membeli seluar yang berwarna hitam.
[Kakak membeli seluar]
[Seluar itu berwarna hitam]
Ayat majmuk pancangan realtif ini melibatkan satu kata sahaja, iaitu yang.
19. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Dia mengetahui bahawa Anzalna suka menipu
[Dia mengetahui]
[Anzalna suka menipu]

20. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Murid itu lewat ke perhimpunan kerana tayar basikalnya pancit di dalam perjalanan ke sekolah.





*Sebarang kerja menyalin atau mengambil hasil tulisan ini, perlulah melalui keizinan daripada penulis. Untuk berbuat demikian, sila tinggalkan jejak anda pada ruangan komen untuk pengesahan. Sertakan nama dan institusi.
Sekian, terima kasih.


8 ulasan:

ANIS ow berkata...

MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH

Unknown berkata...

MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH

Unknown berkata...

MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH

Unknown berkata...

MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH

Unknown berkata...

Izinkan saya menggunakan ilmu yang dikongsikan di sini sebagai rujukan saya.
Terima kasih :)

Unknown berkata...

Menganjurkan

Tanpa Nama berkata...

MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

MOHON IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN ILMU YANG DIKONGSIKAN DI SINI UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH